Label 3

My Visitor,,

free counters

Followers

Minggu, 20 Mei 2012

Sejarah Singkat 25 Nabi & Rasul



SEJARAH RINGKAS 25 RASUL


NABI ADAM A.S
Dikatakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia
pertama yang bergelar khalifah Allah s.w.t dimuliakan dan
 ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda
diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah,
Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang
taat dan ada pula yang membangkang.
NABI IDRIS A.S
Merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah
kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah
Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang
perintah Allah s.w.t
NABI NUH A.S
Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus
Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya
semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan
Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang
ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.
NABI HUD A.S
Adalah keturunan Yafit bin Nuh,
bertempat tinggal di Hadharal
Maut Utara. Baginda diutus Allah
kepada kaum Aad kerana
bangsa itu menyembah patung.
Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka
supaya menyembah Allah, tetapi mereka
ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan
dengan ditimpa badai dan udara yang sangat
dingin selama tujuh
hari lapan malam.
NABI SALLEH A.S
Merupakan keturunan Sam bin Nuh yang
diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud
disebelah selatan Palastin. Kebudayaan
mereka sudah tinggi tetapi mereka
menyembah dewa dan patung,
kemudian Nabi Saleh menyuruh
kepada mereka agar menyembah
Allah, sebahagian besar bangsa
Tsamud menolak untuk memeluk
agama Allah. Mereka ingkar kepada
larangan Nabi Saleh. Pada
hari pertama muka mereka berwajah
kuning, hari kedua menjadi merah,hari
ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar
petir.
NABI IBRAHIM A.S
Juga keturunan Sam bin Nuh yang
diutuskan Allah kepada kaum
Namrud di negeri Babilon lebih kurang
4000 tahun sebelum Masehi. Kaum
Namrud menyembah berhala bahkan
akhirnya Namrud menganggap dirinya
sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga
menyerukan ajaran tauhid atau Islam
kepada mereka namun mereka tetap
ingkar, akhirnya Allah mendatangkan
kepada mereka tentera nyamuk sebagai
balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar.
Begitu halnya dengan
NABI LUTH A.S
Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang
diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum,
supaya kaumnya menyembah Allah
SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas
keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum
sehingga musnah negeri tersebut.
NABI ISMAIL A.S
Adalah anak Nabi Ibrahim melalui
perkahwinannya dengan Siti Hajar.
Baginda diutus kepada bangsa Arab
di negeri Yaman, kerana mereka belum
kenal dengan agama tauhid atau Islam.
Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa,
membayar zakat dan menunaikan haji.
Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki
yang seluruhnya disebut dengan
Bani Ismail atau Adnanniyun.
Dari keturunan inilah
lahirnya suku Quraisy yang melahirkan
Nabi Muhammad SAW.
NABI ISHAK A.S
Adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui
perkahwinan dengan Siti Sarah.
Baginda diutus oleh Allah di negeri
Kan'an untuk menyembah Allah,
mengajarkan tauhid, menyuruh
membayar zakat, berpuasa dan
menunaikan haji. Nabi Ishaq
berkahwin dengan Rifka dan
mendapat anak kembar iaitu ish dan
Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam
usia 170 tahun dan dimakamkan
di Baitul Maqdis daerah Palastin.
NABI YAAKUB A.S
Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an
kerana penduduknya telah ramai menyembah
berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya
menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan
beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.
NABI YUSSUF A.S
Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai
nabi kepada bangsa Mesir untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu
agar menyembah Allah, Tuhan
yang Maha Esa. Disamping
baginda seorang nabi ia juga seorang
raja dengan dasar pemerintahannya adalah
Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun
dan dimakamkan ditepi sungai Nil
NABI AYYUB A.S
Anak Amus bin Tarikh bin Rum
bin Ish yang diutuskan oleh
Allah SWT ke negeri Rom untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu
menyembah Allah SWT. Beliau
wafat dalam usia lebih kurang 93
tahun dan dimakamkan di suatu
tempat di daerah Itali.
NABI DZULKIFLI A.S
Adalah anak Nabi Ayub as. diutus
oleh Allah SWT ke negeri Rom.
Disamping beliau seorang nabi juga
seorang raja yang tetap mengajarkan
agama tauhid iaitu supaya menyembah
Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Beliau menyeru kepada kaumnya
supaya meninggalkan penyembahan
berhala dan melaksanakan syariat Islam
supaya solat dan membayar zakat. Beliau
wafat dalam usia 95 tahun dan
dimakamkan di Napoli, daerah
Rom Selatan.
NABI SYUAIB A.S
Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan,
Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid
iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur
kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya
ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan
awan panas daripada langit.
NABI MUSA A.S
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil
supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa
dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka
menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri.
Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada
Allah SWT dan diberi mukjizat. 
NABI HARUN A.S
Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil
supaya menyembah Allah, membayar zakat,
berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai
yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak
sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat
kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
NABI DAUD A.S
Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan
kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan
ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang
100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
NABI SULAIMAN A.S
Adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja.
Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan
kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun
sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau
dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan haiwan.
Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah
Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.
NABI ILYAS A.S
Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai
rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang
Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung
terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari
emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah
Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar,
sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang
dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah
Lebanon Selatan.
NABI ILYASA A.S
Diutus Allah SWT kepada Bani Israil,
agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab
Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan
pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya
akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil
bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan
oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja
Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh
kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi
mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya
sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan
dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.
NABI YUNUS A.S
Keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa
Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak
kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang
bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan
berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika
tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari
nabi
Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah
meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada
Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah.
Nabi Yunus
diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun.
Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah
beriman, maka nabi
Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga
negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
NABI ZAKARIA A.S
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah
Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk
yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh,
kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria
dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid.
Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi
tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang
sesuai bagi mereka yang ingkar.
NABI YAHYA A.S
Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah
Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk
yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh,
kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria
dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid.
Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi
tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang
sesuai bagi mereka yang ingkar.
NABI ISA A.S
Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah,
kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul.
Sedangkan Hawa
dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam
syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT
menjadi ibu dari seluruh umat manusia.
Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan
kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti
kejadian Nabi Adam, Allah
telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya:
'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' "
. (Ali Imran:59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri
iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada
Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat
dan Zabur.
Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh
pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa
Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab
Injil peninggalan Nabi Isa
as. itu? Untuk meyakinkan
diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku
ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia
telah menjadikan daku seorang Nabi".
(Maryam:30)
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah
Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah
jalan yang betul atau lurus".
(Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as.
Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan
seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil
yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya
agar menyembah Allah semata tidak menyekutukannya dengan
yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah
merubah Kitab
Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah
beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana
terlalu keras tentangan kaumnya
terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam
akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh bondanya ke
negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah
lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini beliau mulai
ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan
Allah SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa
yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas
Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian
disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang
ditangkap
tetapi Yudas kerana dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan
diri
berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain
yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat
dari bencana malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah
mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu
dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya beriman
sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah
 maksudnya: "Demi sesungguhnya,
telah kafirlah orang-orang yang berkata;
bahawasanya Allah ialah Al Masih Ibni Maryam. Padahal
Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,
maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya
syurga dan tempat kembalinya ialah neraka; dan
tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang
berlaku zalim.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang
berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.
Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Tuhan Yang
Maha Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka
katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari
antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya".
(Al Maidah:72-73)
NABI MUHAMMAD S.A.W
Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan
Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.
Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as.
bin Nabi Ibrahim as.
Nabi Muhammad SAW
adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh
nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk
Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar
"Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh
bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah
terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya
menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari
sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan
semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur
ebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.
Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang
kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir.
Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya
tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya.
Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut
sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa)
ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata: Wahai Bani Israil
sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan
memberikan berita gembira dengan kedatangan
seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama
Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata:
ini ialah sihir yang
jelas nyata"
. (As Saaf:6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya:
"Bukanlah Nabi Muhammad itu
(dengan sebab ada anak angkatnya)
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari
orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan
kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Al Ahzab:40)
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau
pelengkap atau 'Full Release Version' dalam
menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai
menurut keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang
hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan
ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah Islam kerana mereka
menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang
diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW
diperintahkan menyeru manusia ke arah
ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh
Allah SWT.

Maqam Rasulullah S.A.W.

0 komentar

Posting Komentar

Part Of Me

Foto saya
mungkin diri ini tidaklah sesempurna apa yang kalian pikirkan dan bayangkan apalagi yang telah kalian definisikan tentang bagaimana kekhilafan diri ini tapi bagaimanapun ane selalu ingin menjadi yang terbaik at leas bisa membuat orang sekitar senang dengan keberadaan itu udah cukup ! and no matter what happend i will always remember who you are ! buddy !

>> <<

Diberdayakan oleh Blogger.